10 Tips Tingkatkan Tempahan Homestay Anda
Owner Academy

10 Tips Tingkatkan Tempahan Homestay Anda

Tempahan homestay atau campsite anda sendu? Adat berniaga, ada pasang surut. Tetapi sebagai usahawan berjaya pasti tak mudah mengalah. Mari admin kongsikan 10 tips yang mungkin boleh membantu menarik perhatian pelanggan seterusnya meningkatkan potensi tempahan!

3 min baca
10 Tips Tingkatkan Tempahan Homestay Anda
10 Tips Tingkatkan Tempahan Homestay Anda · Ghazali Tajuddin

Tempahan homestay atau campsite anda kurang? Adat berniaga, ada pasang surut. Tetapi sebagai usahawan berjaya pasti tak mudah mengalah. Mari  admin kongsikan 10 tips yang mungkin boleh membantu menarik perhatian pelanggan seterusnya meningkatkan potensi tempahan!

1. Gunakan Gambar Berkualiti Tinggi

Ramai pelanggan membuat keputusan hanya berdasarkan gambar pertama.

Pastikan anda ada:

  • Gambar hadapan rumah
  • Ruang tamu
  • Semua bilik
  • Bilik air
  • Dapur
  • Kawasan luar
  • Aktiviti sekitar

Tip: Ambil gambar ketika waktu pagi atau “golden hour” supaya pencahayaan lebih cantik. 

2. Tulis Tajuk Yang Menarik

Jangan hanya tulis

"Homestay Kuantan"

Sebaliknya gunakan

"Homestay Tepi Pantai Kuantan Dengan Private Pool"

atau

"Chalet Riverside Sesuai Untuk Family Day & BBQ"

Tajuk yang jelas membantu pelanggan mencari apa yang mereka mahukan.

3. Lengkapkan Maklumat Penginapan

Nyatakan dengan jelas:

  • Bilangan tetamu
  • Bilik tidur
  • Katil
  • Wifi
  • Aircond
  • BBQ
  • Swimming Pool
  • Parking
  • Dapur
  • Mesin basuh
  • Check In / Check Out

Semakin lengkap maklumat, semakin tinggi keyakinan pelanggan.

4. Balas Pertanyaan Dengan Pantas

Ramai pelanggan akan menghubungi beberapa homestay serentak.

Owner yang membalas dahulu biasanya mempunyai peluang lebih tinggi untuk menerima tempahan.

5. Sentiasa Kemaskini Kalendar

Tiada siapa suka bertanya tetapi akhirnya mendapat jawapan:

“Maaf, tarikh dah penuh.”

Pastikan jadual sentiasa dikemaskini supaya pelanggan hanya melihat tarikh yang masih tersedia.

6. Minta Review Selepas Menginap

Review yang baik adalah “jurujual” terbaik.

Selepas pelanggan checkout, hantar mesej ringkas:

Terima kasih kerana menginap bersama kami. Jika berpuas hati, kami amat menghargai sekiranya anda dapat meninggalkan ulasan.

Semakin banyak review positif, semakin tinggi kadar kepercayaan.

7. Tawarkan Nilai Tambahan

Tidak semestinya diskaun.

Contohnya:

  • Free BBQ Pit
  • Free Kayak
  • Free Sarapan
  • Late Check-out
  • Welcome Snack
  • Diskaun untuk repeat customer

Perkara kecil boleh menjadi faktor pelanggan memilih anda.

8. Promosikan Aktiviti Berdekatan

Ramai pelanggan sebenarnya membeli pengalaman, bukan sekadar tempat tidur.

Senaraikan lokasi berhampiran seperti:

  • Pantai
  • Air Terjun
  • Sungai
  • Tempat makan viral
  • Hiking
  • ATV
  • Memancing
  • Zoo
  • Muzium

Ini membantu pelanggan merancang percutian mereka.

9. Kekalkan Kebersihan

Perkara paling banyak disebut dalam review ialah:

  • Bilik bersih
  • Tandas bersih
  • Tilam selesa
  • Tiada bau
  • Kawasan kemas

Pelanggan mungkin memaafkan fasiliti yang sederhana, tetapi jarang memaafkan kebersihan yang tidak memuaskan.

10. Gunakan Platform Tempahan Online

Masih bergantung kepada WhatsApp sahaja boleh menyebabkan:

  • Terlepas pertanyaan
  • Double booking
  • Sukar mengurus pembayaran
  • Sukar menyemak jadual

Menggunakan sistem tempahan online membolehkan pelanggan melihat kekosongan, membuat tempahan dan pembayaran dengan lebih mudah, sambil mengurangkan kerja manual anda.

Bonus Tip ⭐

Bina Jenama, Bukan Sekadar Homestay

Ramai pemilik hanya menjual tempat menginap.

Pemilik yang berjaya menjual pengalaman.

Contohnya:

  • Percutian keluarga
  • Healing tepi sungai
  • Staycation romantik
  • Camping bersama anak-anak
  • Family gathering
  • Team building
  • Honeymoon
  • Workcation

Apabila pelanggan membayangkan pengalaman yang bakal mereka nikmati, mereka lebih cenderung untuk membuat tempahan.

Kesimpulan

Persaingan dalam industri penginapan semakin meningkat, tetapi masih banyak peluang untuk menonjol jika anda memberi perhatian kepada perkara asas seperti gambar berkualiti, maklumat yang lengkap, layanan yang pantas dan pengalaman pelanggan yang memuaskan. Dengan penambahbaikan kecil yang konsisten, kadar tempahan boleh meningkat dari semasa ke semasa.

Ingin mengurus tempahan dengan lebih mudah? Gunakan platform seperti OtterSpots untuk memaparkan penginapan anda, mengurus jadual tempahan, menerima pembayaran dan memudahkan pelanggan membuat tempahan secara dalam talian.